Amalkan 5M Dalam Diet Lebaran
Apakah 5M? |
- 5M merupakan satu pendekatan baru Kementerian Kesihatan Malaysia dalam meningkatkan taraf hidup masyarakat Malaysia terutamanya dalam pengambilan makanan secara sihat.
- 5M merupakan singkatan bagi:
- Mengurangkan gula
- Mengurangkan garam
- Mengurangkan minyak
- Melebihkan buah-buahan
- Melebihkan sayur-sayuran
|
Mengurangkan pengambilan gula - Pengambilan gula yang sederhana dalam sehari adalah dalam lingkungan 10 sudu teh (50gram) termasuk bagi gula semulajadi atau gula tersembunyi.
- Gula dalam minuman adalah amat berbahaya kerana badan kita tidak dapat tukarkan gula ini kepada tenaga. Gula yang terkumpul ini akan ditukar kepada lemak yang menyebabkan seseorang itu gemuk dan berisiko mengidap penyakit seperti diabetes dan penyakit jantung. Gigi juga boleh rosak.
|
Bagaimana kurangkan gula semasa lebaran? - Kurangkan memakan kuih-muih yang manis.
- Lebihkan meminum air kosong daripada air gas atau air manis yang lain.
- Kurangkan penggunaan gula dalam resepi. Contohnya kandungan gula dalam kek boleh dikurangkan kepada separuh tanpa menjejaskan rasa atau kualitinya.
- Pilih buah-buahan segar sebagai pencuci mulut. Kalau menggunakan buah dalam tin, pastikan memilih buah-buahan dalam tin yang menggunakan air atau jus semulajadi.
|
Mengurangkan pengambilan garam - Kurangkan penggunaan garam dalam kuantiti yang sedikit. Garam yang berlebihan berkait dengan tekanan darah tinggi.
- Bahan-bahan makanan seperti herba (kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang) boleh juga dijadikan pengganti dalam menyedapkan juadah kerana kurang bahan perisa dan ia juga mempunyai khasiat tersendiri yang baik untuk kesihatan.
|
Mengurangkan pengambilan minyak masak - Penggunaan minyak perlu dikurangkan kerana penggunaan minyak yang berlebihan dalam masakan boleh mengundang penyakit.
- Cuba elakkan menggunakan minyak masak dalam masakan rendang. Cukuplah hanya menggunakan santan sahaja kerana santan boleh bertindak sebagai minyak.
- Cuba elakkan menggunakan santan yang terlalu pekat.
- Amalkan memasak cara “deep frying”. Ia dapat mengurangkan minyak dalam makanan.
|
Melebihkan pengambilan buah-buahan - Jadikan buah-buahan juga boleh dijadikan sebagai pemanis mulut
- Buah-buahan juga kaya dengan vitamin C yang amat diperlukan badan terutamanya kesihatan gigi.
- Melebihkan buah-buahan dalam kita menyambut lebaran.
|
Melebihkan pengambilan sayur-sayuran - Sayur-sayuran mengandungi serat dan zat mineral yang penting untuk tubuh dan sistem penghadaman. Kehadiran serat ini dapat membantu mengurangkan tahap kolesterol darah.
- Jadi, hidangan sayur-sayuran amat penting kerana ia dapat mengimbangi diet terutama sekali tahap kolesterol darah yang terhasil daripada pengambilan daging dan ayam.
- Sayur-sayuran juga boleh dihidang sebagai ulam-ulaman semasa menikmati juadah yang lain. Selain itu, terdapat juga juadah lebaran yang mengandungi sayur seperti lontong.
(Rumusan petikan dari: Kementerian Kesihatan Malaysia) |
| |
| |