Saiz Tulisan : fontMinus fontReset fontPlus Warna Tulisan : semula fontred fontblue fontgreen fontorange Warna Latar Belakang : Theme 1 Theme 2 Theme 3 Default Theme Teks Suara
Hubungi Kami | Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman
Umum
Umum
Q : Apakah itu cukai taksiran?
A : Cukai pintu adalah cukai yang dikenakan ke atas pemilik dan penghuni pegangan berkadar yang terletak di dalam kawasan bidang kuasa sesebuah Majlis.
Q : Siapakah pembayar cukai taksiran?
A : Jika anda mempunyai rumah, rumah kedai, hotel, stesen servis, tanah kosong atau pegangan berkadar yang lain yang terletak di dalam kawasan Majlis, anda akan dikenakan cukai taksiran. Sebaliknya, jika anda menduduki bangunan atas tanah tanpa dokumen hakmilik berasingan atau tanah yang dirizabkan untuk sesuatu maksud awam, anda juga perlu membayar cukai taksiran.
Q : Kenapa perlu membayar cukai taksiran?
A : Kutipan dari cukai pintu adalah perlu untuk menampung perbelanjaan Majlis dalam menyediakan perkhidmatan seperti penyelenggaraan, taman rekreasi, pemotongan rumput, lampu jalan dan tempat kemudahan awam untuk kesejahteraan masyarakat.
Q : Bila perlu dibayar?
A : Cukai Taksiran perlu dibayar 2 kali setahun iaitu : • ½ tahun pertama – 1hb. Januari hingga 28hb. Februari. • ½ tahun kedua – 1hb. Jul hingga 31hb. Ogos bagi tiap-tiap tahun. Cukai taksiran yang dibayar selepas tarikh akhir pembayaran akan dikenakan caj denda lewat seperti berikut :- RM100 kebawah – RM2.00 RM101 hingga RM200 – RM3.00 RM201 hingga RM400 – RM4.00 RM401 hingga RM600 – RM5.00 selepas itu bagi setiap RM100.00 atau sebahagian darinya RM2.00.
Q : Apakah yang akan terjadi jika tidak menjelaskan cukai dalam tempoh tersebut?
A : Mengikut Akta 171, anda akan dikenakan tindakan –tindakan seperti berikut : • Notis (Borang E) akan dikeluarkan kepada anda. Anda dikehendaki menjelaskan dalam masa 14 hari daripada tarikh notis. Bayaran Notis RM3.00 dan denda seperti diatas akan dikenakan seperti di perenggan 4. • *Jika masih gagal, waran tahanan akan dikeluarkan keatas anda. Waran ini membolehkan Majlis menyita barang-barang yang ada di dalam bangunan atau menutup bangunan daripada menjalankan operasinya atau melelong bangunan tanah melalui Pendaftar Mahkamah Tinggi mengikut Seksyen 151. Bayaran waran sebanyak 20% juga akan dikenakan.


Tidak dapat menemukan jawapan ?    Kirim Pertanyaan
[1] [2] [3] [4]   selepas    terakhir  
CARIAN
PERKHIDMATAN KAMI
senarai perkhidmatan Senarai Perkhidmatan
e-perkhidmatan e- Perkhidmatan
e-Aduan e-Aduan
Kaji Cuaca Pendang  Kaji Cuaca Pendang
Web Mobile MDP  Web Mobile MDP

 

KALENDAR
img img 07 Februari 2012 img img
I S R K J S A
28 29 1 2 3 4 5
6 7 8 9 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 1 2 3 4
Lagi peristiwa bulan ini
 MyGov    MSC Malaysia    JPA  MyID
Kerajaan Negeri Kedah biro pengaduan awam MOF e-Tanah EPPK
 
 
eLogger